Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Muhammad bin Ab. Ghani


SEKAPUR SIRIH


Yang berusaha dan dikasihi,rakan-rakan guru dan kakitangan SKBL
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia, izin dan hidayahNya dapat kita sama sama meneruskan lagi amanah dan tanggungjawab bagi menghadapi suasana yang lebih mencabar khususnya pada tahun ini.


Berbagai cabaran dan dugaan pada tahun lalu telah kita sama-sama tempuhi. Jutaan terima kasih dirakamkan kepada Puan Guru Besar Pn. Jamaliah bt Mat selaku pemimpin, penggerak dan pendorong serta semua guru yang memberi sokongan dan kerjasama erat sehingga sekolah kita menjadi institusi yang bermanfaat.


Saya percaya, seluruh warga SKBL akan terus bersatu tekad dan azam untuk menyediakan pendidikan terbaik bagi membentuk modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Marilah kita sama-sama memartabatkan pendidikan di SKBL dan juga membina satu budaya kerja yang positif khususnya dalam melaksanakan amanah Tuhan kepada kita dengan rasa jujur, ikhlas, redha dan tanpa menhitung penat lelah yang telah dicurahkan.

Semoga kita semua bersedia untuk berkhidmat secara sedar dan tanpa paksaan bagi mempelopori perubahan yang bersesuaian bagi merealisasikan bisi sekolah iaitu'SKBL cemerlang dalam pelbagai bidang menjelang 2015"
Insyallah


Sekian terima kasih


Muhammad Ab. Ghani

PK Kurikulum SKBL 2012